Helikopter terbakar ketika pendaratan cemas

Helikopter terbakar ketika pendaratan cemas

KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) – Sebuah helikopter jenis Hornbill, milik syarikat Layang-Layang Aerospace, terbalik lalu terbakar di bahagian enjin ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, seorang juruterbang wanita mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan.

Kerja memadamkan kebakaran dikendalikan sendiri oleh pihak Bomba lapangan terbang itu, katanya.