Helikopter terhempas, 16 anggota polis maut

Helikopter terhempas, 16 anggota polis maut

BOGOTA, Colombia, 5 Ogos (dpa) – Enam belas anggota polis terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas di bahagian timur laut Colombia, menurut pegawai-pegawai semalam.

Polis Kebangsaan berkata empat anggota polis mengalami kecederaan ketika operasi menangkap penyeludup dadah haram.

Helikopter Black Hawk tersebut terhempas di kawasan pedalaman, rantau yang dipenuhi hutan di wilayah Antioquia.

Menteri Pertahanan Luis Carlos Villegas mempersalahkan cuaca buruk sebagai punca nahas berkenaan.

Kakitangan perubatan mengangkat salah seorang anggota polis Colombia yang mengalami kecederaan ketika menjalankan operasi menangkap penyeludup dadah haram. – Reuters
Kakitangan perubatan mengangkat salah seorang anggota polis Colombia yang mengalami kecederaan ketika menjalankan operasi menangkap penyeludup dadah haram. – Reuters

Beliau berkata kadar penglihatan adalah terhad dan helikopter berkenaan kemungkinan besar terlanggar sisi gunung.

“Nahas itu berlaku pada 120 knot, hampir 180 kilometer sejam, dan helikopter tersebut musnah sama sekali,” katanya.