Helikopter terhempas, 2 juruterbang diselamatkan

Helikopter terhempas, 2 juruterbang diselamatkan

YANGON, Myanmar, 26 April – Sebuah helikopter tentera terhempas ke takungan air di Myanmar semasa latihan eksesais hari ini dan kedua-dua juruterbang diselamatkan oleh nelayan, lapor akhbar angkatan bersenjata.

Akhbar Myawaddy mengatakan dalam laman Facebooknya bahawa helikopter Bell itu terhempas ke takungan selepas berlepas dari lapangan terbang Meiktila di tengah Myanmar.

Meiktila terletak kira-kira 510 km utara Yangon, bandar utama negara itu.

Myawaddy mengatakan kedua-dua juruterbang cuma mendapat kecederaan ringan. Bagaimanapun, punca nahas tersebut masih lagi disiasat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA