Helikopter terhempas 2 maut, 1 cedera

Helikopter terhempas 2 maut, 1 cedera

BANDAR MEXICO, 11 Okt – Dua orang terbunuh dan seorang cedera apabila helikopter terhempas di negeri ganas Mexico Tamaulipas semalam, yang terbaru dalam beberapa siri kejadian seumpama itu.

Helikopter itu sedang dalam penerbangan pengawasan lapan kilometer dari timur ibu negeri Ciudad Victoria berhampiran sempadan AS apabila ia terhempas, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

Punca masih belum diketahui, lapor media. Pesawat udara itu sedang membawa dua juruterbang dan seorang pegawai tentera. Penolong juruterbang, satu-satunya mangsa yang selamat, dibawa ke hospital dengan kapal terbang.

Tamaulipas ialah salah satu negeri paling ganas di Mexico, di mana kartel Zetas dan Gulf sedang bertempur untuk mengawal jalan penyeludupan dadah utama ke Amerika Syarikat. Nahas itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri kemalangan helicopter di Mexico baru-baru ini.

Pada September, lima anggota kru terbunuh dalam satu kemalangan helikopter polis di negeri Michoacan. Pakar berkata kejadian itu berlaku apabila juruterbang didakwa menjalankan latihan untuk mengelak tembakan daripada geng penjenayah. – AFP