Helikopter terhempas di Angola, 6 maut

Helikopter terhempas di Angola, 6 maut

LUANDA, 28 Sept – Enam terkorban selepas sebuah helikopter disewa syarikat gergasi minyak Amerika Syarikat (AS), Chevron terhempas di luar pantai Angola, pasukan keselamatan mengesahkan nahas itu kelmarin.

Nahas berlaku malam Isnin berhampiran wilayah kaya minyak di Cabinda, kata Kapten Armando Nzawisa daripada Angkatan Bersenjata Angola, yang mengetuai operasi menyelamat, memberitahu AFP. Empat rakyat tempatan dan dua warga asing terbunuh dalam nahas itu. – AFP