Helikopter terhempas di Norway ragut 13 nyawa

Helikopter terhempas di Norway ragut 13 nyawa

COPENHAGEN, Denmark, 29 April – Sebuah helikopter membawa 13 orang dari medan minyak luar pesisir terhempas hari ini berhampiran Bandar Norwegian barat Bergen, mencetuskan operasi menyelamat, kata polis dan pegawai penyelamat. Kebanyakkan anak kapal dikhuatiri mati.

Nahas itu melanda pulau Turoey, berhampiran Bergen. Jurucakap polis, Morten Kronen berkata helikopter “itu hancur sepenuhnya.” Beliau memberitahu The Associated Press bahawa terdapat “laporan letupan dan asap tebal” yang telah dilaporkan oleh beberapa orang yang berada di laut.

Beliau kemudiannya berkata pihak polis setakat ini tidak dapat mengesahkan mangsa yang terselamat.

“Ia adalah sebuah pulau yang sangat kecil dan bahagian (helikopter) bertebaran sebahagiannya di atas tanah, sebahagiannya di laut,” kata Jon Sjursoe, jurucakap Pusat Penyelarasan Penyelamat bersama Norway.

Sjursoe berkata helikopter Eurocopter EC-225 yang membawa 11 penumpang dan dua juruterbang milik Helikopter CHC, tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan butiran lanjut.

Gerakan mencari dan menyelamat oleh kapal rondaan di perairan pulau Turoey, berdekatan dengan Bergen, Norway Kelmarin. – AP
Gerakan mencari dan menyelamat oleh kapal rondaan di perairan pulau Turoey, berdekatan dengan Bergen, Norway Kelmarin. – AP

“Kami mempunyai operasi besar (menyelamat) di luar sana,” kata Kronen, sambil menambah bahawa ianya termasuklah anggota bomba, penyelam dan pekerja perubatan.

Media Norwegian menyiarkan terdapatnya kepulan asap yang besar di tempat kejadian.

Helikopter itu sedang dalam perjalanan dari lapangan minyak Gullfaks B di Laut Utara ke Bergen, 120 kilometer (74 batu) dari tanah besar Norwegian.

Syarikat minyak dan gas Norwegian, Statoil ASA, berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa mereka telah “menggerakkan pasukan tindakan kecemasan” tetapi enggan mengulas lebih lanjut. Ia kemudian berkata telah “menutup sementara semua operasi helikopternya.”

Perdana Menteri Norway Erna Solberg menulis di Twitter mengenai “Laporan yang menakutkan” dan berkata dia sedang mendapatkan maklumat tentang operasi menyelamat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA