Helikopter terhempas di Tawau

Helikopter terhempas di Tawau

TAWAU, 4 Okt – Seramai 14 anggota tentera cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau selepas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini pagi tadi.

Penolong Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Sahidi Mahali berkata dalam kejadian kira-kira 9:45 pagi.

Menurut Panglima TUDM Jen Tan Sri Roslan Saad berkata dua anggota TUDM iaitu juruterbang dan juruteknik pesawat berkenaan telah menerima rawatan di Hospital Tawau.

Katanya seorang lagi juruterbang dan 10 anggota TUDM yang turut berada di dalam pesawat tersebut telah menjalani pemeriksaan dan sudah dibenarkan keluar daripada hospital.

Beliau berkata sembilan orang awam yang turut cedera dalam kejadian itu, terdiri daripada lapan pelajar dan seorang pekerja pembersihan di sekolah berkenaan, juga sudah menerima rawatan dan keluar daripada hospital.

Sebuah Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung kelmarin.
– Bernama
Sebuah Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung kelmarin.
– Bernama

Difahamkan kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan sedang cuba hendak mendarat di atas padang sekolah itu.

Satu bilah kipasnya dikatakan turut terpelanting kira-kira 200 meter.

TUDM dalam satu kenyataan berkata pesawat Nuri tersebut yang dinaiki 14 anggotanya berlepas dari pangkalan TUDM di sini pada pukul 7:35 pagi untuk melakukan latihan penerbangan harian.

“Semua anak kapal dan penumpangnya terselamat,” katanya.

Pihak TUDM berkata mereka telah menghantar pasukan menyelamat dan akan membawa keluar pesawat daripada lokasi kejadian.

TUDM sedang membuat penilaian berhubung insiden tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut.

“TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.

Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian tersebut yang terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiraan Hidup sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau telah membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan. Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri. – Bernama