Hellas Verona ikat Roma 1-1

Hellas Verona ikat Roma 1-1

MILAN, 18 Jan – Juventus menewaskan Udinese yang beraksi dengan 10 pemain 4-0 untuk kembali menduduki tempat kedua Serie A Itali, sementara Luciano Spalletti yang tampil buat kali kedua membimbing Roma bermula hambar apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan bawahan Hellas Verona, awal pagi tadi.

Paulo Dybala menyumbat dua gol, termasuk penalti pada minit ke-25 selepas pertahanan Udinese Danilo dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Mario Mandzukic. Dybala juga membantu Sami Khedira dan Alex Sandro menjaringkan gol dengan sebahagian besar babak pertama jelas dikuasai Juventus.

Kemenangan itu adalah ke-10 berturut-turut, sekali gus membolehkan Juventus merapatkan jurang dua mata dengan Napoli selepas pendahulu Serie A itu menang 3-1 ke atas Sassuolo, Sabtu lalu.

Inter Milan pula seri menentang Atalanta, ketinggalan dua mata kepada Juventus di tempat ketiga.

Pemain AS Roma Edin Dzeko (tengah) membuat percubaan merembat ke gawang pihak lawan. - Reuters
Pemain AS Roma Edin Dzeko (tengah) membuat percubaan merembat ke gawang pihak lawan. – Reuters

“Masih ada 18 perlawanan lagi, kami perlu mengutip lebih banyak kemenangan untuk mencerahkan peluang untuk menjulang trofi kejuaraan,” kata jurulatih Juventus Massimiliano Allegri.

“Napoli beraksi cemerlang dan mereka adalah pilihan ketika ini, tetapi lima pasukan teratas liga berpeluang untuk memenangi kejuaraan.” – Agensi