‘Helmand bakal jatuh kepada Taliban’

‘Helmand bakal jatuh kepada Taliban’

KABUL, 21 Dis (AFP) – Wilayah selatan Afghanistan Helmand di ambang kejatuhan kepada Taliban, dengan anggota 90 tentera terbunuh dalam pertempuran sengit, menurut penolong gabenornya semalam, sambil merayu melalui akaun Facebook agar Kabul campur tangan.

Amaran itu memberi persamaan yang suram kepada keadaan keselamatan yang membawa kepada kejatuhan bandar utara Kunduz pada September – kemenangan terbesar Taliban dalam perang 14 tahun.

Pertempuran di antara pemberontak dan tentera kerajaan telah meningkat di beberapa daerah utama Helmand, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa wilayah yang kaya dengan candu itu hampir-hampir mengalami krisis keselamatan.

“Saya tahu bahawa mengemukakan isu ini di media sosial akan membuat anda amat marah,” tulis timbalan gabenor, Mohammad Jan Rasoolyar dalam Facebook yang disampaikan kepada Presiden Ashraf Ghani.

“Namun saya tidak boleh berdiam diri lagi memandangkan Helmand hampir-hampir jatuh. Sembilan puluh orang telah terbunuh di daerah Gereshk dan Sangin dalam tempoh dua hari lalu.”

Timbalan Gabenor Helmand, Mohammad Jan Rasoolyar. – Agensi
Timbalan Gabenor Helmand, Mohammad Jan Rasoolyar. – Agensi

Rasoolyar merayu bantuan untuk menyelamatkan daerah tersebut yang dipertahankan oleh tentera Britain dan AS bertahun-tahun lamanya, berkata beliau gagal berhubung dengan presiden menerusi kaedah lain.

Kejatuhan Helmand akan memberi satu lagi tamparan hebat kepada tentera yang disokong NATO ketika mereka bergelut untuk mengawal pemberontakan.

Rasoolyar mendakwa pegawai kerajaan sekitar Ghani tidak menghebohkan keseriusan keadaan di wilayah.

Tidak adanya reaksi mengenai artikel Rasoolyar daripada pejabat Ghani. Kementerian pertahanan di Kabul menafikan Helmand akan jatuh dan menolak dakwaan mengatakan terdapat 90 kematian. Namun pegawai tempatan menyokong dakwaan Rasoolyar, berkata pertempuran adalah teruk di daerah utara Sangin, yang telah lama menjadi sarang kegiatan pemberontak.

Beberapa laporan pada lewat semalam berkata pemberontak telah menakluki daerah, dengan pekerja kerajaan melarikan diri dari kawasan itu selepas mengalami bencana besar, tetapi tidak adanya pengesahan rasmi.

Menekan keadaan yang merosot, tentera khas AS telah dihantar ke Helmand dalam beberapa minggu ini untuk membantu tentera Afghan, beritahu seorang pegawai kanan Barat kepada AFP.