Henderson dahului pusingan ketiga LPGA

Henderson dahului pusingan ketiga LPGA

WASHINGTON, 3 Julai – Juara bertahan, Brooke Henderson mencatatkan dua bawah par 70 semalam untuk merampas pendahuluan dua strok selepas pusingan ketiga LPGA Portland Classic.

Pemain Kanada itu, 18, berada di rangking kedua dunia, mencatatkan 13 bawah par 203 selepas 54 lubang dalam pertandingan yang diadakan di Colukmbia Edgewater Country Cluba di Portland, Oregon yang mempunyai keluasan 6, 476 ela.

“Saya mahu untuk beraksi lebih baik hari ini,’ kata Henderson.

Maraijo Uribe dari Colombia berada di tempat kedua dengan 205 selepas pusingan ketiga 71, dengan Suzann Petterseon dari Norway membuat 74 pukulan dengan enam bogey dan empat birdies untuk berkongsi tangga ketiga bersama Austin Ernst dari AS dengan 207.

Hendersen mencatatkan birdie di lubang ketiga dan par-lima dilubang ketujuh dan memulakan sembilan pukulan dengan birdie.

Brooke Henderson mencatatkan dua bawah par 70 semalam untuk merampas pendahuluan dua strok selepas pusingan ketiga LPGA Portland Classic. - AP
Brooke Henderson mencatatkan dua bawah par 70 semalam untuk merampas pendahuluan dua strok selepas pusingan ketiga LPGA Portland Classic. – AP

Tetapi terjejas dengan double bogey pada par tiga lubang ke-13, sebelum mencatatkan satu birdie pada par tiga lubang ke-16 yang meningkatkan pendahuluannya.

“Saya tidak membazirkan masa dengan pukulan tee,’ kata Henderson mengenai double bogey itu.

Saya menetapkan sasaran dan tidak begitu melakukannya.

Saya hanya terlepas pukulan. Selepas itu, saya hanya cuba untuk mengumpulkan semula dan berjaya untuk mencatatkan satu lagi birdie (di lubang no. 16).”

Uribe memulakan dengan bogey, kemudian mencatatkan tiga birdie dari lubang par lima-lubang kelima, ketujuh dan 12.

Pemain dari Amerika Selatan itu kemudian mencatatkan double bogey dilubang ke-13, tetapi kembali bangkit dengan birdie dilubang ke-16.

“Pukulan bola saya tidak begitu hebat, dan hari ini tidak bagus. Tetapi saya berjaya untuk menyelamatkannya,” kata Uribe, yang tidak pernah memenangi dalam tempoh enam tahun jelajah. – AFP