Henderson peroleh pendahuluan awal

Henderson peroleh pendahuluan awal

LOS ANGELES, 10 Jun – Brooke Henderson dari Kanada mencatatkan tiga birdie bagi empat lubang terakhirnya dalam laluan untuk mencatatkan empat bawah 67 bagi mendahului dua pukulan selepas pusingan pembukaan Kejohanan PGA Wanita semalam.

Henderson, 18, menghasilkan hole-in-one pada jarak 152 ela dilubang ke 13 dengan menggunakan kayu pemukul seven-iron.

“Ia adalah menarik hari ini,” kata Henderson. “Saya cuba untuk mencatatkan bawah par, tetapi ia sukar untuk menyatakan bagaimana sukarnya padang pada hari ini dan bagi hujung minggu selebihnya.”

Christina Kim dari AS dan Kim In-Kyung dari Korea Selatan juga beraksi pada sebelah pagi dan satu-satunya pemain yang mencatatkan pusingan itu dalam 60, dengan keduanya membuat pukulan dua bawah 69.

Ariya Jutanugarn dari Thailand, pemain terhangat dalam Jelajah pada ketika ini sekarang memenangi tiga pertandingan lalunya, menamatkan dalam sekumpulan besar pemain pada kedudukans atu bawah. Dia mencatatkan birdie pada dua lubang terakhirnya semalam.

Kumpulan teratas pada sesi pagi memperkenalkan Lydia Ko dari Asutralia dan Lexi Thompson dan Stacy Lewis dari AS. Ko mencatatkan dua birdie dengan dua bogey dalam pusingan 71.

“Masih terdapat banyak perkara untuk difokuskan dan difikirkan mengenai sini,’ kata Ko. “Masih terdapat banyak permainan golf untuk dilakukan.

“Ramai pemain wanita beraksi golf dengan baik. Kami tahu ia sukar. Jadi kami perlu bersabar.”

Lewis mencatatkan dua bawah melalui 10 lubang, tetapi mencatatkan tiga bogey dari lima lubang terakhirnya dengan dua di atas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA