Henderson pertahan trofi Portland Classic

Henderson pertahan trofi Portland Classic

WASHINGTON, 4 Julai – Pemain remaja Kanada, Brooke Henderson mempertahankan kejuaraan keduanya berturut-turut di Portland Classic awal pagi tadi, mencatat 71 pukulan pada pusingan akhir dengan empat pukulan untuk keseluruhan 14 bawah par 274.

Pemain nombor dua dunia berusia 18 tahun itu telah memenangi kejuaraan utama pertamanya di Kejohanan PGA wanita bulan lalu.

“Saya tidak memberikan putt dengan baik. Ia adalah hari golf yang pelik,” kata Henderson. “Untuk menjadi juara berulang di sini adalah sangat seronok.”

Pemain 18 tahun itu menewaskan Stacy Lewis yang ketinggalan empat pukulan, dan Suzann Pettersen yang menduduki tangga ketiga dengan 9 bawah par 279.

Henderson memenangi gelaran LPGA pertamanya di acara ini tahun lepas. Kemenangan lapan pukulan membuat dia pemenang ketiga termuda dalam sejarah LPGA.

Henderson meraikan kejayaannya bersama trofi kejuaraannya selepas memenangi kejohanan golf LPGA Cambia Portland Classic semalam di Portland, Oregon. - AP
Henderson meraikan kejayaannya bersama trofi kejuaraannya selepas memenangi kejohanan golf LPGA Cambia Portland Classic semalam di Portland, Oregon. – AP

Pada PGA Wanita bulan lepas, Henderson melakukan birdie pada lubang playoff pertama untuk menewaskan kedudukan Lydia Ko dari New Zealand untuk gelaran utama ketiga kali berturut-turut.

Minggu depan, Henderson boleh memenangi kejuaraan utama kedua berturut-turut pada Terbuka Wanita AS.

“Saya hanya tidak sabar untuk minggu depan,” kata Henderson.

Kemenangan LPGA ketiga dalam kariernya ini meletakkan Henderson di landasan terbaik menjelang Terbuka Amerika Syarikat di California minggu depan. – AFP