Henrikh sertai United

Henrikh sertai United

BERLIN, 3 Julai – Pemain antarabangsa Armenia, Henrikh Mkhitaryan menjadi penandantanganan ketiga Jose Mourinho bagi pasukan Manchester United semalam, umum pemain midfield kelab Borussia Dortmund, Jerman itu.

Bagaimana pun, ketika Dortmund mengumumkan dia keluar, dipercayai dia belum lagi lulus dalam pemeriksaan kesihatan dan bersetuju dengan syarat-syarat peribadi bersama United.

Pemain itu, 27, yang akan menyertai pemain pertahanan dari Ivory Coast, Eric Bailly dan pemain penyerang veteran dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic sebagai muka baru di United, menerima ucapan selamat tinggal yang ringkas oleh Dortmund selepas menamatkan tiga tahun dalam persetujuan yang bernilai sekitar 42 juta euro ($46.8 juta).

Pengerusi Dortmund, Hans-Joachim Watzke berkata dia dan kelab berada dalam kedudukan yang kurang menyenangkan ketika Mkhitarya hanya berbaki setahun saja lagi dalam kontraknya.

“Manchester memberikan kami tawaran besar. Jika kami menolaknya, pemain itu mungkin keluar secara percuma pada 2017,’ kata Watzke.

Manchester United sudah bersetuju mengi-kat perancang Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan dengan nilai perpindahan sebanyak 26 juta pound. - AP
Manchester United sudah bersetuju mengi-kat perancang Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan dengan nilai perpindahan sebanyak 26 juta pound. – AP

Kenyataan rasmi kelab itu tidak menyebutkan pemain itu menerusi nama ketika mengikuti pemain pertahanan Jerman yang memenangi Piala Dunia itu dan kapten kelab, Mats Hummels dan pemain midfield, Ilkay Gundogan dalam meninggalkan kelab itu pada musim panas ini – bekas kepada pesaing Bayern Munich dan kemudian menyertai bekas jurulatih Bayern, Pep Guardiola di pasukan Manchester City.

Peminat-peminat Dortmund sudah biasa kepada kekurangan nama-nama bintang mereka seperti pemain penye-rang Poland, Robert Lewandowski dan Mario Goetze yang meninggalkan kelab itu untuk bersama Bayern adalah diantara nama-nama besar yang keluar sejak beberapa tahun.

“Selepas perbincangan intensif, BVB dipenuhi dengan ucapan terhadp pemain pasukan kebangsaan Armenia itu untuk menyertai Manchester United,’ jelas kenyataan.”

Mkhitaryan, menyaksikan Dortmund berbelanja $33 juta apabila mereka menandatanganinya dari pasukan Shakhtar Donetsk, Ukraine pada 2013, mencatatkan musim menarik musim lepas, menjaringkan 23 gol dan mencipta 32 lagi dalam semua perlawanan, ketika Borussia menamatkan tangga kedua di belakang Bayern dalam kelompok teratas Jerman. – AFP