Henry tawan PGA Barracuda

Henry tawan PGA Barracuda

RENO, AS, 10 Ogos (AFP) – J.J. Henry mencatatkan eagle pada dua lubang terakhir penentuan untuk menewaskan Kyle Reifers dari AS dalam persaingan play-off untuk memenangi Kejohanan Jelajah PGA Barracuda semalam.

Henry, 40, memenangi gelaran keduanya dalam acara itu selepas memenanginya pada 2012 dan menempah tiket ke Kejohanan PGA minggu depan. Ia juga mahkota Jelajah PGA AS ketiga sepanjang kerjayanya.

“Saya cuba untuk meletakkan strok yang bagus. Ia adalah minggu yang hebat. Saya berbangga dengan cara saya bertahan di sana,” kata Henry.

Henry mencatatkan birdie pada lubang ke-18 dalam masa biasa untuk mencatatkan enam mata pada pusingan akhir dan mengikat Reifers dengan purata empat hari 47 dan mengheret pertandingan ke pusingan penentuan.

Henry bergambar bersama Pete Jordan dan trofi selepas menungguli Kejohanan Barracuda di Montreaux Golf and Country Club di Reno, Nevada semalam. – AFP
Henry bergambar bersama Pete Jordan dan trofi selepas menungguli Kejohanan Barracuda di Montreaux Golf and Country Club di Reno, Nevada semalam. – AFP

Ia adalah play-off keempat dalam sejarah Kejohanan Barracuda dan yang pertama dalam lebih sedekad dalam pertandingan unik yang memperkenalkan sistem catatan mata Modiefied Stableford untuk membuat pukulan berbanding mencatatkan pukulan yang berhubung kepada par.

Riefers mencatatlan birdie putt dan Henry mencatatkan birdie pada play-off pertama untuk membawa mereka kembali ke tee lubang 18 di Montreux Golf and Country Club.

Henry kemudian menghasilkan eagle putt pada lubang play-off kedua dari luar green selepas Reifers membuat pukulan untuk memberikannya eagle. Tetapi dua catatan putt dari Reifers memberikan kemenangan kepada Henry.

ARTIKEL YANG SAMA