Henti penerbangan tidak menguntungkan

Henti penerbangan tidak menguntungkan

BANGKOK, 27 Julai (Agensi) – Penerbangan negara Thailand akan menghentikan penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada usaha menghentikan kerugian yang dialami bertahunan.

Presiden Thai Airways Jarumporn Chotikasathein mengatakan penerbangan itu menghentikan empat penerbangan yang tidak menguntungkan setiap minggu dari Bangkok ke Los Angeles, dan juga Rom.

Jarumporn mengatakan jadual penerbangan berubah dan langkah-langkah lain juga diperkenalkan untuk mengurangkan kerugian penerbangan itu.

Penerbangan yang dimiliki negara itu memasuki pelan pemulihan tahun ini selepas kerugian melambung dalam tahun-tahun kebelakangan.

Ia menunjukkan kerugian bersih sebanyak 15.6 bilion baht (AS$445 juta) tahun lepas, atau kira-kira 30 peratus lebih tinggi dari 2013. Perubahan jadual itu akan efektif bermula pada 25 Oktober.

Thai Airways menghentikan penerbangan yang tidak menguntungkan ke AS. – Reuters
Thai Airways menghentikan penerbangan yang tidak menguntungkan ke AS. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA