Henti perhimpunan di Kuching – KPN

Henti perhimpunan di Kuching – KPN

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Penganjur kepada perhimpunan #722 Sarawak Freedom And Independent Walk yang dijadualkan diadakan di Kuching esok dinasihatkan supaya menghentikannya atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang merancang untuk menggunakan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Malaysia.

“Tindakan menghasut ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan anggota jawatan-kuasanya demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama