Hentikan ejekan kepada LVG

Hentikan ejekan kepada LVG

LONDON, 25 Jan – Keputusan dilakar Manchester United tidak cukup baik jika dibandingkan dengan pelaburan yang dibuat namun Pengarah kelab itu, David Gill memohon peminat untuk tidak terus mengejek pengurus, Louis van Gaal.

Berdepan kekalahan memalukan 1-0 kepada Southampton, di laman sendiri, Old Trafford, semalam Gill yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif United berkata; “Jelas kami semua berharap keputusan bertambah baik dan sedar semua orang kecewa dengannya.

“Tiada keraguan ia adalah musim penuh kemunduran berdasarkan jumlah pelaburan yang sudah dibuat pada musim panas.”

Gill berkata kepada BBC yang ejekan itu disasarkan kepada Van Gaal dan pemainnya ketika mereka meninggalkan gelanggang adalah yang terburuk pernah disaksikannya.

“Tiada sesiapapun gemar untuk melihatnya. Kami juga adalah peminat dan juga Pengarah dan kami tidak mahu mengejek, kami mahu keraian. Namun saya fikir mereka perlu kekal bertenang.”

Louis van Gaal menerima kritikan yang amat buruk daripada para penyokong United yang nampak tidak berpuas hati dengan pengendaliannya. – Reuters
Louis van Gaal menerima kritikan yang amat buruk daripada para penyokong United yang nampak tidak berpuas hati dengan pengendaliannya. – Reuters

Manchester United menghabiskan STG250 juta sejak kehadiran Van Gaal pada 2014 namun selepas kekalahan kepada Southampton, mereka kini di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tergelincir lima mata di kedudukan Liga Juara-Juara.

Van Gaal dikritik atas corak permainan yang ditampilkan United dan perlawanan semalam adalah kali ketujuh kelab itu gagal meraih mata di Old Trafford.

Pengurus kelahiran Belanda itu bagaimanapun menerima kritikan itu dan menggelar perlawanan itu sebagai “perlawanan buruk.” – AFP