Hentikan keganasan bola sepak

Hentikan keganasan bola sepak

BUENOS AIRES, 4 Feb – Pergaduhan di atas padang di antara para pemain dalam perlawanan yang seharusnya menjadi perlawanan‘persahabatan’ di antara pasukan terbaik Argentina telah mencetuskan kerajaan untuk berikrar bagi menamatkan keganasan bola sepak.

Sudah biasa dengan keganasan perlawanan yang melibatkan kumpulan–kumpulan samseng, peminat–peminat Argentina menyaksikan peningkatan teruk di atas padang sendiri pada dua perlawanan persahabatan berprofil tinggi baru–baru ini.

Presiden baru Argentina, Mauricio Macri (gambar) sendiri seorang peminat dan bekas pengerus pasukan tertinggi Boca Juniors, memberikan tindak balas dengan berikrar untuk mengambil tindakan tegas ke atas segala keganasan dalam bola sepak.

Minggu lalu, perlawanan musim panas Buenos Aires diantara dua pasukan popular negara itu, Boca dan musuh ketat mereka, River Plate, bertukar kepada kejadian tumbuk-menumbuk.

Perlawanan itu dicemari dengan faul dan hinaan berlaku selepas pertembungan diantara bekas pemain penyerang Manchester City, Carlos Tevez dari Boca dan pemain pertahanan River.

pg29_160205_b

Lima pemain diarah meninggalkan padang dan penjaga gol River Plate terkena pelancar dari tempat duduk, tetapi perlawanan diteruskan untuk berakhir 1-0 bagi pasukan River.

Pada Ahad lalu, di bandar raya Mar del Plata, perlawanan di antara pesaing Estudiantes dan Gimnasia dihentikan selepas pergaduhan besar-besaran yang berlaku di atas padang dengan aksi tendang-menendang, berludah dan bertolak-tolakan.

‘Kami semua kesal. Ia diluar kawalan,’ kata pemain midfield Gimnasia dari Uruguay, Roberto Brum.

Dia meninggalkan padang sebelum pergaduhan berlaku tetapi melompat keluar dari bangku dan berlari kembali untuk menyertai pergaduhan.

Pada keseluruhannya 18 pemain dilayangkan kad oleh pengadil. Ia belum diketahui apakah hukuman mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA