Hentikan menyuap lanun

Hentikan menyuap lanun

Oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Isu cetak rompak masih lagi belum selesai di Negara Brunei Darussalam.

Pengedar DVD Yasmine mendapat maklumat bahawa DVD cetak rompak Yasmine turut dijual di pasaran.

Sehubungan itu, wakil Origin Artiste Management, pengedar DVD menyeru orang ramai agar membeli DVD yang asli.

Berikutan dengan isu cetak rompak ini, pelakon utama Yasmine, Liyana Yus dan pelakon pembantu Nadirah Wahid turut merasa dukacita dan sedih apabila mendapat tahu bahawa DVD Yasmine telah dicetak rompak.

“Saya merayu dan menyeru kepada orang ramai agar membeli DVD asli sebagai tanda sokongan kepada kami karyawan filem Yasmine. Tunjukkanlah sokongan anda kepada kami yang bersusah payah menyiapkan filem itu selama setahun lamanya, ” ujar Liyana Yus

Pengarah filem Yasmine, Siti Kamaluddin bersama dua bintang utama filem itu, Liyana Yus dan Nadiah Wahid.
Pengarah filem Yasmine, Siti Kamaluddin bersama dua bintang utama filem itu, Liyana Yus dan Nadiah Wahid.

Sementara itu, Nadiah Wahid pula berkata, “Saya tahu DVD cetak rompak itu murah berbanding yang asli. Tetapi orang ramai wajar menghargai karyawan tempatan dengan membeli DVD yang asli”.

Pengarah filem Yasmine, Siti Kamaluddin menyeru orang ramai agar menyokong karyawan filem tempatan dan jangan hancurkan semangat dan kreativiti anak anak tempatan yang ingin melihat dunia perfileman berkembang di negara ini.

“Justeru itu katakan tidak kepada lanun cetak rompak”, seru Siti Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA