Hentikan pelaburan solar dan angin

Hentikan pelaburan solar dan angin

SYDNEY, 13 Julai (Reuters) – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott telah dikecam oleh pembangkang dan pelabur selepas mengarahkan Perbadanan Kewangan Tenaga Bersih (CEFC) A$10 bilion (AS$7.45 bilion) kerajaan untuk berhenti melabur dalam tenaga solar dan angin.

Abbott, yang menyifatkan ladang angin sebagai ‘menyakitkan pandangan mata’ dan berterus terang mengenai kehendaknya untuk menghentikan CEFC yang dicadangkan oleh kerajaan Parti Buruh sebelumnya, menggesa dana itu boleh digunakan untuk menghasilkan teknologi bersih.

Namun ahli politik pembangkang, para pelabur dan kumpulan hijau mengatakan langkah itu selanjutnya akan menyebabkan Australia terasing menjelang rundingan di Paris pada Disember yang bertujuan untuk menjamin perjanjian iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Australia merupakan salah satu pengeluar karbon terbesar di dunia per kapita namun tahun lepas membatalkan cukai karbon dan pelan penukaran emisi, mengemukakan alasan ia akan memberi beban kepada industri dan baru-baru ini mengurangkan sasaran tenaga diperbaharui negara itu.

Perdana Menteri Australia hentikan pelaburan tenaga solar dan angin. – Reuters
Perdana Menteri Australia hentikan pelaburan tenaga solar dan angin. – Reuters

“Perkara terbaik CEFC boleh lakukan adalah untuk melabur dalam teknologi baru dan mungkin cuma tidak mendapat kewangan,” Abbott memberitahu para wartawan hari ini, sehari selepas mengumumkan langkah tersebut.