Hentikan penganiayaan, penderaan polis

Hentikan penganiayaan, penderaan polis

ISLAMABAD, 26 Sept – Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan hari ini menuduh polis Pakistan secara rutin melaksanakan pembunuhan di luar bidang kehakiman, penyeksaan dan penangkapan sembarangan dan menggesa Islamabad melaksanakan reformasi segera berhubung pasukannya yang kekurangan sumber itu.

Penemuan itu terkandung dalam laporan baru berdasarkan temu bual dengan lebih 30 orang pegawai polis dan 50 orang mangsa atau saksi penganiayaan di seluruh tiga dari empat wilayah negara itu.

Selain dari mencatatkan pencabulan hak asasi yang biasa dilakukan – termasuklah lebih 2,000 pembunuhan yang digelarkan ‘pertembungan’ dalam tahun 2015, yang kerap dipercayai telah dilakukan – laporan itu mengatakan polis kerap mendapati diri mereka dikuasai oleh individu-individu berpengaruh yang menjatuhkan undang-undang demi kepentingan diri mereka sendiri.

“Pakistan berdepan cabaran besar keselamatan yang boleh ditangani dengan baik oleh pasukan polis yang bertanggung jawab dan menghormati hak,” kata Brad Adams, pengarah Asia Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan.

“Sebaliknya penguatkuasaan undang-undang diserahkan kepada pasukan polis yang penuh dengan sungutan, korup dan para pegawai yang letih yang keletihan yang melakukan penganiayaan dengan bebas dari hukuman, yang menjadikan penduduk Pakistan kurang selamat.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA