Herera rebut posisi midfield

Herera rebut posisi midfield

MANCHESTER, 19 Okt – Ander Herrera dari Manchester United mengalu-alukan persaingan sengit bagi merebut tempat dalam jentera midfield pasukan itu dan berazam untuk belajar daripada pemain yang lebih berpengalaman dalam skuad itu, seperti naib kapten Michael Carrick dan Bastian Schweinsteiger.

Pemain dari Sepanyol itu menikmati persembahan menarik dalam kemenangan 3-0 di Everton pada Sabtu lalu, menjaringkan gol kedua dan memberikan assist ketika Manchester United mengembalikan rentak dalam Liga Perdana selepas kekalahan kepada pasukan Arsenal sebelum rehat antarabangsa.

Bekas pemain midfield Athletico Bilbao itu juga percaya persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan pertama hanya memberikan manfaat kepada kelab.

“Anda mendapatkan kelebihan daripada kedudukan itu (persaingan di bahagian tengah). Apabila anda beraksi bersama pemain-pemain terbaik anda mendapatkan kelebihan itu seperti yang kami lakukan,” Herrera memberitahu di laman sesawang kelab itu (www.manutd.com).

Ander Herrera ingin menunjukkan bahawa dia layak untuk beraksi dalam pasukan utama. - Reuters
Ander Herrera ingin menunjukkan bahawa dia layak untuk beraksi dalam pasukan utama. – Reuters

“Ini adalah bagus bagi saya, bagus bagi kelab. Apabila kelab menandatangani pemain-pemain terbaik anda akan mendapatkan kelebihan darinya dan ia apa yang saya lakukan sekarang.

“Anda memiliki (Schweinsteiger) dan juga Michael Carrick dan mereka pemain yang berpengalaman. Saya rasa Morgan (Schneiderlin) dan saya boleh banyak belajar daripada mereka,” tambahnya.

Herrera terdesak untuk menjadi salah satu daripada nama dalam senarai pasukan kendalian Louis van Gaal, tetapi mengakui dia perlu meningkatkan dirinya untuk merealisasikannya.

“Saya rasa orang ramai menilai saya kerana saya selalu memberikan segalanya untuk pasukan. Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk meletakkan diri saya dalam pasukan pertama. Saya seorang pemain yang berpasukan dan apabila saya beraksi, saya akan melakukan yang terbaik,’ tambah pemain itu, 26.

“Saya mahu menjadi pemain terbaik. Anda selalu mahu berada dalam pasukan itu tetapi ini Manchester United. Anda perlu bermain dengan baik jika anda mahu beraksi dalam pasukan itu setiap hari, jadi ia adalah apa yang saya lakukan,” tambahnya.

Herrera berharap bagi lebih banyak beraksi di pasukan pertama apabila Red Devils membuat kunjungan ke Rusia bagi menghadapi CSKA Moscow dalam Liga Juara-Juara pada Rabu ini dan kemudian menghoskan pasukan Manchester City dalam saringan liga pada Ahad. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA