Hernandez alami kecederaan

Hernandez alami kecederaan

MEXICO, 3 Julai (Reuters) – Pemain penyerang Mexico, Javier Hernandez menjalankan pembedahan ke atas tulang selangka yang retak semalam dan tidak akan beraksi selama empat minggu dalam Piala Emas, kata Persekutuan Bola Sepak Mexico (FMF).

Hernandez mengalami kecederaan itu ketika perlawanan yang berkesudahan 0-0 Mexico menentang Honduras di Houston pada Rabu lalu, perlawanan pemanasan bagi kedua buah pasukan bagi perlawanan di Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada Selasa.

Pemain penyerang Manchester United itu, 27, yang menghabiskan musim lalu dalam pinjaman di Real Madrid, bertembung bersama pemain pertahanan Brayan Beckeles lima minit sebelum berakhirnya separuh masa pertama dan dengan segera digantikan.

“Javier Hernandez menjalani pembedahan pagi ini…dia menerima dua plat dimasukkan di tulang selangka kanannya dengan enam skru”, kata doctor pasukan Mexico, Gerardo Aguiar dalam kenyataan FMF.

“Prognosis begitu diterima dengan jangkaan yang bagus bagi pemulihan segera yang mana kami harapkan dalam tempoh empat minggu.”

Hernandez berlanggar dengan pemain pertahanan Honduras yang menyebabkan kecederaannya. – Reuters
Hernandez berlanggar dengan pemain pertahanan Honduras yang menyebabkan kecederaannya. – Reuters

Jurulatih Miguel Herrera menghubungi Javier Orozco dari pasukan juara Mexico, Santos Laguna untuk menggantikan tempat Hernandez dengan pemain penyerang itu berkata dia memohon maaf peluangnya terjejas.

“Ia memalukan ia perlu berada dalam keadaan ini, dengan kecederaan kepada ‘Chicharito’ yang mana adalah seorang pemain kebangsaan yang terbaik,” Orozco memberitahu Televisa.

“Tetapi saya akan mendapatkan peluang saya…ia adalah penting untuk kembali dengan Piala kerana ia adalah tugas untuk memenanginya.”

Hernandez adalah pemain kedua yang menarik diri dari skuad Hererra selepas pemain pertahanan Hector Moreno, yang mengalami kecederaan jari kaki.

ARTIKEL YANG SAMA