Hernandez meledak, Bayer belasah BATE

Hernandez meledak, Bayer belasah BATE

LEVERKUSEN, Jerman, 17 Sept (AFP) – Javier Hernandez menjaringkan gol pertama untuk Bayer Leverkusen dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas BATE Borisov semalam ketika pasukan Jerman itu menduduki tempat teratas Kumpulan E di depan Barcelona.

Midfield Turki Hakan Calhanoglu menjaringkan gol dua kali dalam perlawanan itu tatkala Bayer membenam Belarus itu dalam perlawanan Liga Juara-Juara pembukaan mereka.

Penyerang Swiss Admir Mehmedi memberikan mata pendahuluan awal kepada Bayer, tetapi midfield Serbia Nemanja Milunovic menyamakan kedudukan untuk BATE pada minit ke-13. Calhanoglu seterusnya menambah mata 2-1 selepas rehat sebelum pemain Mexico Hernandez menjaringkan gol ketiga untuk Leverkusen.

Calhanoglu menjaringkan penalti lewat ketika pasukan tuan rumah menguasai perlawanan, menggunakan 65 peratus daripada pemilikan mereka untuk menyumbat 20 jaringan gol berbanding dua usaha daripada BATE.

Gol daripada Hernandez layak dan diperoleh tepat pada masanya apabila ‘Chicharito’ menjustifikasi keputusan dengan menggantikan Stefan Kiessling dalam barisan Leverkusen dengan persembahan yang menakjubkan.

Hernandez meraikan gol pertama untuk Bayer dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas BATE Borisov di Leverkusen semalam. – Reuters
Hernandez meraikan gol pertama untuk Bayer dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas BATE Borisov di Leverkusen semalam. – Reuters

Setelah bermain untuk kali pertama dalam kekalahan 1-0 Bundesliga mengejutkan kepada Darmstadt Sabtu lalu, Hernandez menerima tepuk sanjungan daripada penonton Bay Arena apabila dia memberi laluan kepada penyerang Jerman Kiessling pada minit ke-72.

Selepas keputusan seri 1-1 Barcelona di Roma, kemenangan Leverkusen merupakan satu dorongan keyakinan sebelum pertarungan mereka dengan juara bertahan di Kem Nou dalam masa dua minggu. Bagaimanapun, kemenangan diperoleh dengan pengorbanan ketika kapten Leverkusen Lars Bender berjalan keluar terhencut-hencut pada minit ke-44 dengan kecederaan lutut untuk diganti oleh rakan pemain antarabangsa Jerman Christoph Kramer.

Leverkusen mencatat mata pendahuluan awal apabila pemain antarabangsa Switzerland Mehmedi menjaringkan gol dengan empat minit tinggal.

BATE Borisov mencatat keputusan seri apabila Milunovic berjaya mengelak pertahanan Leverkusen dan seterusnya menyumbat gol melepasi penjaga gawang Bern Leno.

ARTIKEL YANG SAMA