Hero baru warnai Wimbledon

Hero baru warnai Wimbledon

LONDON, 28 Jun (AFP) – Juara heavyweight Wimbledon Novak Djokovic dan Roger Federer dibayangi oleh kemenangan pemain ranking 772, Marcus Willis yang menjadi hero terbaru Britain semalam.

Pemain nombor satu dunia Djokovic dengan mudah mengatasi pemain Britain James Ward 6-0, 7-6 (7/3), 6-4, membuktikan bagaimana dia boleh melepasi benteng jumlah wang kemenangan AS$100 juta.

Jumlah yang mengejutkan itu kemudian berbalas dengan perspektif Willis yang berusia 25 tahun, yang digelar ‘Cartman’ iaitu watak salah satu karakter South Park yang hanya memperoleh AS$65 wang kemenangan tahun ini sebelum Isnin.

Kisah dongeng itu diteruskan dengan perlawanan menentang juara tujuh kali Federer dan dijamin wang hadiah AS$66,000.

Willis menewaskan Ricardas Berankis dari Lithuania, ranking 652 di atasnya, dengan mata 6-3, 6-3, 6-4 di luar Gelanggang 17 di mana para pemerhati menyanyikan ‘berjalan di negeri ajaib Willis’.

Marcus Willis yang mengejutkan kejohanan Wimbledon. - AP
Marcus Willis yang mengejutkan kejohanan Wimbledon. – AP

Pemain kelab itu yang menyara hidupnya sebagai jurulatih yang mengajar belia-belia dan warga-warga emas dengan bayaran AS$30 sejam, dan masih tinggal bersama ibu-bapanya, sebelumnya diambang hendak berhenti pada Februari.

Namun kemudian dia menemui Jenny Bate, yang menjadi teman wanitanya, yang memujuknya untuk mencuba sekali lagi dan tidak pergi ke Philadelphia di mana dia ditawarkan kerja sebagai jurulatih.

“Dia memberitahu saya agar tidak pergi, lalu saya pun tidak. Saya lakukan seperti apa yang diberitahu,” ujar Willis.

Percaturan itu telah membuahkan hasil dalam gaya yang hebat bagi pemain lelaki kelayakan yang mempunyai ranking terendah untuk mara ke pusingan kedua di kejohanan utama sejak Jared Palmer yang berada di ranking 923 pada Terbuka AS 1988.

Willis adalah yang terakhir masuk ke kejohanan pra kelayakan Wimbledon, di mana dia bermain tiga perlawanan dan kemudian bermain tiga lagi perlawanan untuk menempah tempat yang bukan sahaja acara pertama Grand Slamnya namun juga kejohanan pertama utamanya.

Sementara itu, pilihan utama Djokovic, yang sudah memegang keempat-empat kejohanan major membida untuk memenangi gelaran Wimbledon ketiga berturut-turut, akan berdepan pemain Perancis Andrian Mannarino di pusingan seterusnya.

Jika memenangi gelaran keempat Wimbledon, akan menjadikannya hanya lelaki kedua sejak Don Budge pada 1938 untuk memenangi lima kejohanan major berturut-turut.