Herrera gembira galas pelbagai peranan

Herrera gembira galas pelbagai peranan

BRUGES, Belgium, 28 Ogos – Ander Herrera berkata dia bersedia beraksi untuk Manchester United di mana–mana posisi biarpun bergelut di bahagian midfield dalam play-off Liga Juara–Juara menentang Club Brugge.

Pengurus pasukan Louis van Gaal mengakui dia mempertimbangkan untuk merehatkan Herrera selepas pemain dari Sepanyol itu beberapa kali terlepas hantaran dan dilayangkan kad kuning dalam perlawanan kedua pusingan play-off di Bruges Rabu lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu meningkatkan permainannya pada separuh masa kedua selepas ditukar ke bahagian tengah, memberikan umpanan gol kedua hatrik Wayne Rooney dan menjaringkan gol keempat United dalam kemenangan 4-0, tetapi berkata dia gembira untuk beraksi sebagai midfield defensif semula.

“Saya tidak mementingkan diri. Saya memikirkan pasukan dan beginilah cara saya beraksi,” Herrera memberitahu wartawan di Stadium Jan Breydel selepas kemenangan 7-1 pasukanya menerusi agregat yang melayakkan mereka mara ke fasa kumpulan.

Ander Herrera (kanan) meraikan jaringan bersama Ashley Young semasa aksi Liga Juara-Juara menentang Club Brugge, 26 Ogos lalu. – AFP
Ander Herrera (kanan) meraikan jaringan bersama Ashley Young semasa aksi Liga Juara-Juara menentang Club Brugge, 26 Ogos lalu. – AFP

“Saya pemain gembira. Jika saya perlu memainkan peranan midfield, saya akan melakukannya. Musim lalu, saya beraksi lebih banyak sebagai midfield berbanding pemain No.10, tetapi jika saya perlu beraksi sebagai pemain No.10, saya tetap mahu membantu pasukan dengan menjaringkan gol.”

Herrera yang popular dengan penyokong kelab itu ditandatangani dari Athletic Bilbao tahun lepas dengan yuran perpindahan 29 juta pound (AS$44.7 juta), yang menjadikannya pemain kelima termahal United.

Ia mengambil masa untuk mendapatkan kepercayaan Van Gaal, tetapi biarpun penamat yang mantap musim lalu, pemain yang baru ditandatangani Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger menyaksikan mereka sebaliknya. – AFP