Hers Kitchen anjur kelas masakan

Hers Kitchen anjur kelas masakan

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Pesta Pengguna ke-18 yang menampilkan tema makanan bertambah menarik dengan pelbagai aktiviti dan salah satu daripadanya ialah kelas masakan anjuran Hers Kitchen.

Pada kelas masakan kek cawan bagi Pesta Pengguna itu, pengunjung yang terdiri daripada pelajar lama dan baru mendaftar, mendapat tunjuk ajar daripada pemiliknya sendiri, Hajah Ernie binti Haji Abdul Samad.

Menurut Hajah Ernie, kelas masakan hari ini dihadiri tujuh orang pelajar dan mereka dibantu oleh warga Hers Kitchen dalam membuat kek cawan yang sedap.

Bergantung pada permintaan orang ramai, beliau akan mengadakan kelas masakan untuk kanak-kanak pada Ahad ini.

Bagi mereka yang ingin menyertai kelas masakan itu, bolehlah melayari Instagram @herskitchen.

Aktiviti kelas memasak yang dikendalikan oleh Hajah Ernie.
Aktiviti kelas memasak yang dikendalikan oleh Hajah Ernie.

ARTIKEL YANG SAMA