Hertha cuba patahkan badi

Hertha cuba patahkan badi

BERLIN, 27 Nov (AFP) – Hertha Berlin berusaha untuk menamatkan penantian mereka selama 38 tahun untuk mengecapi kemenangan di Bayern Munich dalam persaingan Bundesliga apabila beraksi di kubu kuat Bavaria, Allianz Arena, esok.

Pendahulu liga, Bayern mencatatkan kelebihan lapan mata dalam liga Jerman dengan 37 jaringan daripada kemungkinan 39. Pasukan Pep Guardiola itu memenangi kesemua tujuh perlawanan lalu mereka di tempat sendiri sekurang-kurangnya dengan margin empat jaringan dan belum pernah kalah di Munich musim ini dalam semua perlawanan.

Kemenangan 2-0 pada Oktober 1977 adalah kali terakhir Hertha di tempat keempat menang di Munich, tetapi jurulatih mereka Pal Dardai berkata mereka tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

“Kami akan meneruskan latihan, jadi sekurang–kurangnya kami kelihatan bagus di sana,” dia memberitahu akhbar Berliner Zeitung.

“Mereka adalah pasukan terbaik dunia dan ini adalah peluang yang bagus bagi pemain kami untuk membandingkan diri mereka. Saya hormat kepada mereka, tetapi dengan 23 mata dalam senarai, kami tidak ada sebarang alasan untuk bersembunyi di sana.”

Hertha perlu meningkatkan permainan selepas kemenangan 1-0 ke atas Hoffenheim di Berlin Ahad lalu dalam keadaan bersalji ketika mereka hanya berjaya mencatatkan satu rembatan tepat.

Jentera Bayern telah menjaringkan 40 gol dalam 13 perlawanan liga setakat musim ini. Kemenangan mudah 1-0 kepada Bayern menandakan dua pertemuan lalu kelab tersebut dan Hertha telah memenangi dua perlawanan di gelanggang luar.

Sejak Dardai mengambil alih Februari lalu, Hertha bolos 29 gol dalam 28 perlawanan liga – rekod pertahanan kedua terbaik berbanding Bayern dalam tempoh itu.

Pemain sayap dari Belanda, Arjen Robben seharusnya cergas setelah dikeluarkan pada separuh masa pertama kemenangan 4-0 ke atas Olympiakos Selasa lalu dengan kecederaan kaki tetapi pertahanan David Alaba diragui setelah kecederaan buku lali selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 di Schalke Sabtu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA