Hertz taja atlet ISB

Hertz taja atlet ISB

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – International School Brunei (ISB) pagi tadi menerima tajaan berupa baju dan beg daripada Syarikat Hertz untuk Sukan Persekutuan Sekolah Antarabangsa British di Asia (FOBISIA) yang akan berlangsung di Beijing, China nanti.

Majlis di Dewan ISB itu menyaksikan Konsultan Pengurusan Hertz Brunei, Sheikh Jamaluddin Sheikh Mohamed menyampaikan replika tajaan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. Seramai 39 atlet dari ISB termasuk Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb akan bertanding dengan peserta daripada lapan buah sekolah antarabangsa di seluruh Asia.

Rombongan atlet ISB akan berada di Harrow International School pada 15 Mei ini dan akan menyertai pertandingan T-Ball, olahraga, bola sepak dan renang.

Menurut Jurulatih ISB, Jodie Fletton, para atlet bukan sahaja berpeluang melancong ke luar negara dan mewakili sekolah serta negara, tetapi juga berpeluang menimba pengalaman untuk membangunkan individu itu sendiri sebagai seorang atlet.

Cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim menerima sumbangan tajaan daripada Konsultan Pengurusan Hertz Brunei, Sheikh Jamaluddin Sheikh Mohammed, bagi penyertaan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) ke Pesta FOBISIA yang akan berlangsung di Beijing, China nanti. - Gambar Pg Fairol RMF
Cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim menerima sumbangan tajaan daripada Konsultan Pengurusan Hertz Brunei, Sheikh Jamaluddin Sheikh Mohammed, bagi penyertaan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) ke Pesta FOBISIA yang akan berlangsung di Beijing, China nanti. – Gambar Pg Fairol RMF
Sesi bergambar ramai penaja Hertz Brunei dan kumpulan atlet ISB yang akan menyertai FOBISIA di Beijing, China nanti.
Sesi bergambar ramai penaja Hertz Brunei dan kumpulan atlet ISB yang akan menyertai FOBISIA di Beijing, China nanti.

Sheikh Jamaluddin berkata: “ISB adalah sekolah antarabangsa terbaik di Asia Tenggara dan Hertz Brunei adalah syarikat kereta sewa terbaik di dunia, jadi sama-sama kita berkongsi kecemerlangan dengan menyumbang kualiti terbaik untuk produk dan perkhidmatan,” kata Sheikh Jamaluddin.

Beliau juga menambah, tajaan syarikat itu membolehkan atlet muda ISB memberikan yang terbaik semasa pertandingan. Selain itu, Hertz Brunei juga sentiasa menyokong atlet untuk mengharumkan nama negara dan juga Syarikat Hertz.

ARTIKEL YANG SAMA