Heung-Min kini ‘permata’ Spurs

Heung-Min kini ‘permata’ Spurs

LONDON, 27 Sept (Agensi) – Song Heung-Min menemui resipi kejayaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menambat hati pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino dan rakan sepasukan barunya dengan menjamu mereka hidangan Korea yang menyelerakan.

Heung-Min memulakan kehidupan di utara London dengan cemerlang menerusi tiga gol dalam tiga perlawanan selepas berpindah dari kelab Jerman Bayer Leverkusen Ogos lalu dengan bayaran 18 juta pound.

Hanya tiga hari selepas membuat penampilan sulung di laman sendiri dengan dua jaringan yang membantu Tottenham menewaskan Qarabag dalam saingan Liga Europa, penyerang Korea Utara itu terus menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol pertama Liga Perdana Inggeris untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace.

Son Heung-Min. – Reuters
Son Heung-Min. – Reuters

Aksi dinamik Heung-Min menjadikannya pemain yang mula disanjung peminat Spurs, yang memberi sambutan hebat ketika dia digantikan pada perlawanan Ahad lalu dan turut popular di mata Pochettino dan seluruh skuad Tottenham.

Hakikatnya mereka menghormati kesungguhan Heung-Min yang tidak mengenal jemu, gerakan bijak dan sentiasa memburu peluang jaringan tetapi Heung-Min juga turut dikenali kerana membelanjakan pasukannya makanan Korea di pusat latihan kelab itu.

ARTIKEL YANG SAMA