Hewitt belum mengalah

Hewitt belum mengalah

LONDON, 16 Jun (AFP) – Lleyton Hewitt menegaskan dia masih boleh menyengat dalam kemunculan terakhirnya di Wimbledon biarpun dipaksa untuk mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada Queen’s Club.

Hewitt, yang terkenal dengan jeritannya ‘C’mon’ apabila dia memenangi mata yang penting, berusaha ke atas jelajah selama tinggal sebelum bersara selepas Terbuka Australia tahun depan dan mahu untuk mengenang kembali tahun–tahun di Wimbledon lewat bulan ini.

Pemain dari Australia berusia 34 tahun itu memenangi Wimbledon pada 2002 dan menyatakan musim gelanggang rumput sebagai pilihannya tahun tersebut dalam Jelajah ATP.

Harapan Hewitt untuk mengucapkan selamat tinggal nampak tinggi dalam pertandingan pemanasan Wimbledon di Queen terjejas oleh Kevin Anderson ketika pemain servis kencang dari Afrika Selatan itu menyelamatkan mata penamat dalam kemenangan 6-7 (5/7), 7-5, 6-2 pada pusingan pertama di barat London semalam.

Ia adalah kekalahan kelima Hewitt dalam enam pertandingan pada 2015 tetapi dia masih yakin masih boleh meletakkan satu atau dua kekecewaan di Wimbledon dengan keputusan seri.

Lleyton Hewitt semasa beraksi pada pusingan pertama Queen’s Club, semalam. – Reuters
Lleyton Hewitt semasa beraksi pada pusingan pertama Queen’s Club, semalam. – Reuters

“Dua minggu lalu saya telah menentang beberapa pemain yang bagus di gelanggang rumput. Adalah menarik untuk menentang seseorang yang tidak begitu bagus seperti dua pemain di atas gelanggang rumput,” kata Hewitt.

“Anda berada dalam ketentuan apabila tidak menjadi pemain pilihan. Anda boleh bangkit menentang sesiapa pun. Tetapi seperti yang saya tunjukkan bagi majopriti dua set pertama hari ini, saya merasakan standard tenis saya begitu bagus.”

Pada hakikatnya, Hewitt merosot buat beberapa tahun kerana usia yang semakin meningkat dan rankingnya jatuh ke-117.

ARTIKEL YANG SAMA