Hewitt bersedia kembali ke gelanggang

Hewitt bersedia kembali ke gelanggang

MELBOURNE, 3 Mac (AFP) – Pemain veteran, Lleyton Hewitt (gambar) bersedia untuk melepaskan persaraan singkatnya jika Australia memerlukan kapten baru untuk menentang AS dalam persaingan Kumpulan Dunia Piala Davis hujung minggu ini di Melbourne.

Pemain nombor 27 dunia, Nick Kyrgios menarik diri sebelum undian hari ini kerana virus dan masalah belakang, dengan Hewitt, yang mengambil kedudukan sebagai kapten Australia buat kali pertama, dicalonkan sebagai pengganti.

Tetapi Hewitt, 35, yang dirasakan beraksi dalam persaingan terakhirnya di Terbuka Australia pada Januari, tidak menamakan dirinya dalam pertandingan perseorangan esok atau bergu pada Sabtu, selain memilih untuk menggunakan Sam Groth pemain rangking ke-77.

Groth akan memulakan persaingan di permukaan rumput di Kooyong di Melbourne menentang pesaing dari AS, John Isner, rangking ke-11, sementara pemain terbaik Australia, Bernard Tomic menghadapi pemain nombor 24 dunia, Jack Sock dalam pertandingan perseorangan esok.

pg23_160304_c

Groth dicalonkan untuk berganding dengan pakar bergu, John Peers dalam pertandingan Sabtu ini menentang juara Grand Slam, Bob dan Mike Bryan.

Tetapi keputusan itu boleh ditukar sehingga sejam sebelum pertandingan, yang membuka kemungkinan Hewitt akan mendapatkan tempatnya dalam bergu.

“Kita hanya perlu melihat bagaimana ia dilakukan,’ kata Hewitt pada undian itu.

“Kami meletakkan pilihan terbaik kami setiap hari dan kami perlu melihatnya setiap pertandingan dan bagaimana Sam beraksi dan melakukan selepas pertandingan perseorangannya.”

Kapten pasukan AS, Jim Courier berkata dia tidak terjekut dengan pertukaran pasukan Australia itu. “Kami telah menyaksikan berapa banyak Lleyton berlatih minggu ini dan dengan Nick tidak beraksi tetapi pasti bukanlah sesuatu yang datang di sini yang kami jangkakan,” kata Courier.

ARTIKEL YANG SAMA