Hewitt kapten baru Piala Davis Australia

Hewitt kapten baru Piala Davis Australia

MELBOURNE, 29 Okt (AFP) – Pemain veteran yang bersara Lelyton Hewitt hari ini dilantik menjadi kapten Piala Davis yang baru Australia, menggantikan kapten sementara, Wally Masur.

Pemain itu, 34, yang bersara selepas pertandingan Terbuka Australia untuk kali ke 20 berturut-turut pada Januari lalu, dilantik bagi peranan itu sejak Pat Rafter meletak jawatan awal tahun ini.

Masur bersetuju untuk mengisinya sehingga Hewitt bersedia.

Dia mengikuti jejak langkah pemain tenis Australia lain yang memegang peranan itu, termasuk Neale Fraser, John Newcombe dan Rafter, dan menjadi kapten paling muda sejak Perang Dunia II.

“Saya cukup bernasib baik untuk bertugas di bawah kapten –kapten terhebat Piala Davis dalam sejarah,” kata Hewitt di Melbourne Park.

Gambar fail bertarikh 30 November 2013 menunjukkan Hewitt mengucup Piala Davis selepas kemenangan Australia ke atas Sepanyol di Rod Laver Arena di Melbourne. – AFP
Gambar fail bertarikh 30 November 2013 menunjukkan Hewitt mengucup Piala Davis selepas kemenangan Australia ke atas Sepanyol di Rod Laver Arena di Melbourne. – AFP

“Bagi saya, ia mengenai meletakkan pengalaman saya dalam pemain muda.”

Pemain veteran berusia 40 tahun itu mencatatkan rekod 17 tahun perkhidmatan, Hewitt akan mengetuai pemain muda termasuk Bernard Tomic, Nick Kyrgios dan Thanasi Kokkinakis.

Rafter, yang sekarang pengarah persembahan tenis Australia, berkata aset terbesar Hewitt adalah semangatnya.

“Ia tidak pernah berkurangan baginya sepanjang kerjayanya dan saya tidak rasa ia akan berkurangan sekarang,” kata Rafter.

Kendalian pertama Hewitt adalah pada Mac depan apabila Australia menjadi hos kepada pasukan AS dalam pertandingan pusingan pertama.

Australia mara ke separuh akhir pada tahun ini, dengan Hewitt beraksi, disingkirkan oleh Andy Murray yang mengetuai Great Britain.