Hewitt masih berbisa

Hewitt masih berbisa

MELBOURNE, 19 Julai – Pemain tenis veteran Lleyton Hewitt meletakkan Australia ke separuh akhir Piala Davis hari ini setelah menewaskan Aleksandr Nedovyesov 7-6(2) 6-2 6-3 pada perlawanan perseorangan menentang Kazakhstan.

Australia seterusnya akan bertemu sama ada Britain atau Perancis untuk mara ke pusingan akhir buat pertama kali sejak 2004 selepas juara grand slam dua kali itu menggembirakan penyokong tempatan setelah menguasai pemain ranking ke-115 dengan mempamerkan permainan mantapnya.

Setelah Nedovyesov melepaskan pukulan ke luar baseline untuk menyerah kalah, Hewitt yang berumur 34 tahun terus bergolek di gelanggang rumput tersebut dan pergi ke arah rakan pasukannya.

“Ini sudah ditakdirkan,” katanya tentang kemenangannya dalam satu temu ramah tepi gelanggang.

Lleyton Hewitt berjaya membawa Australia ke separuh akhir Piala Davis. - Reuters
Lleyton Hewitt berjaya membawa Australia ke separuh akhir Piala Davis. – Reuters

“Saya suka situasi mengejar dari belakang. Itulah yang kami alami selepas hari pertama.

“Kami perlu bekerja keras dan mencari jalan untuk mendapat kemenangan.

“Saya selalu berkata beberapa kemenangan terbaik saya adalah pada Piala Davis dan beberap kekalahan teruk saya saya juga pada Piala Davis, jadi saya akan menikmati kemengan ini.

“Inilah yang terhasil daripada impian.”

Sebelum ini, rakan sepasukannya Sam Groth berjaya mengatasi Mikhail Kukushkin 6-3 7-6(4) 4-6 7-6(6) dalam perlawanan perseorangan pertama untuk menyamakan pungutan kemenangan 2-2. – Reuters