HFCT lancar sistem sel bahan api

HFCT lancar sistem sel bahan api

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) – Horizon Fuel Cell Technologies (HFCT) telah melancarkan sistem sel bahan api berasaskan pembaharu paling ringan dan paling padat di dunia. Dibolehkan oleh teknologi pembaharu metanol berkos rendah oleh syarikat itu, MFC Mini membuka kemungkinan kepada satu komersil baharu yang setakat ini tidak praktikal bagi mana-mana jenis sistem sel bahan api.

Kelebihan utama MFC Mini berkisar daripada ketumpatan tenaga tinggi dan sifat bahan api yang berkos rendah, yang menggabungkan sejenis metanol industri dan air. Ketumpatan tenaga bagi campuran bahan api itu adalah lebih 1,000Wh bagi setiap kilogram, iaitu kira-kira sepuluh kali ketumpatan tenaga bagi bateri litium.

Sistem kuasa sel bahan api baharu ini membolehkan autonomi bidang yang sangat lama bagi peralatan 12V DC kecil yang digunakan dalam persekitaran industri, dan membuka kemungkinan bagi penjimatan kos, kuasa yang boleh dipercayai di kawasan terpencil yang tidak mempunyai bekalan elektrik

Mempunyai berat kurang daripada 9kg, sistem kuasa DC yang bersepadu sepenuhnya itu adalah satu pilihan yang mudah sebagai alat penyokong atau mengoptimumkan sistem solar berformat kecil, serta menyediakan keupayaan ketahanan yang menarik untuk sistem yang memerlukan perubahan bateri yang kerap bagi mengekalkan operasi yang berterusan.

Tidak seperti penjana kecil, MFC Mini adalah senyap dan boleh beroperasi di dalam bangunan. Oleh kerana ia membekalkan kuasa DC secara langsung melalui sel bahan api bersepadu, ia juga adalah lebih cekap berbanding dengan alat penjana.

Faedah alam sekitar bagi sistem seperti itu adalah sangat besar, dan pada masa yang sama membolehkan penjimatan yang ketara bagi kos operasi.

Dengan menawarkan sehingga 100W kuasa yang berterusan, MFC Mini adalah produk sel bahan api pembaharu bersepadu metanol yang paling kecil keluaran Horizon. Produk keluarga yang lebih luas termasuk sistem kuasa yang mampu menghasilkan secara berterusan sehingga 5,000W dalam format skala yang lebih besar.

Penggunaan awal untuk MFC Mini adalah bagi pemantauan alam sekitar dan keselamatan di luar grid untuk pelanggan industri.

Walau bagaimanapun, Horizon sudah dalam perbincangan dengan syarikat-syarikat produk pengguna yang utama dalam mencari untuk membangunkan produk-produk pengguna berdasarkan kepada platform MFC Mini.

ARTIKEL YANG SAMA