Hiburan serikan Aidilfitri

Hiburan serikan Aidilfitri

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Pelbagai persembahan hiburan nyanyian dan tarian telah memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Bahrin bin Mohd Noor bersama dengan Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam.

Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Supt. Husaini bin Haji Matzin diikuti dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Raya secara solo dan beramai-ramai oleh anggota dari cawangan ‘D’.

Sambutan yang dianjurkan oleh cawangan ‘D’ ini bertujuan untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya tahun ini di samping itu dapat bertemu dan mengeratkan lagi silaturahim sesama anggota Polis Diraja Brunei dan ahli-ahli keluarga.

Dato Paduka Seri Bahrin (2 kiri) bersama Haji Mohd Jammy, hadir di Majlis Sambutan Aidilfitri Pasukan Polis Diraja Brunei.
Dato Paduka Seri Bahrin (2 kiri) bersama Haji Mohd Jammy, hadir di Majlis Sambutan Aidilfitri Pasukan Polis Diraja Brunei.
Persembahan nyanyian beramai-ramai daripada warga cawangan ‘D’.
Persembahan nyanyian beramai-ramai daripada warga cawangan ‘D’.
Persembahan tarian memeriahkan lagi sambutan berkenaan.
Persembahan tarian memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA