Hidangan baru Restoran Pancake International House

Hidangan baru Restoran Pancake International House

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Restoran Pancake International House telah memperkenalkan dua promosi hidangan baru iaitu ‘The Hamburger Steak Special’ dan ‘Salisbury Steak’.

Kedua-dua hidangan ini kini boleh didapati di restoran berkenaan yang terletak di Kiulap.

Menurut Pengurus Besarnya, Del Goh, kedua-dua hidangan ini begitu terkenal semasa ia mula diperkenalkan di Filipina dan sekarang, hidangan ini telah dipasarkan di negara Brunei Darussalam bagi melihat sambutannya dalam kalangan masyarakat terhadap hidangan promosi tersebut.

‘The Hamburger Steak Special’ dan ‘Salisbury Steak’ yang boleh didapati di Restoran Pancake International House yang terletak di Kiulap.
‘The Hamburger Steak Special’ dan ‘Salisbury Steak’ yang boleh didapati di Restoran Pancake International House yang terletak di Kiulap.

Del Goh turut memaklumkan bahawa dalam masa yang terdekat, Restoran Pancake International House akan berpindah ke Pusat Membeli-Belah Giant, Rimba.

Para pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung dan merasainya sendiri di restoran Pancake International House yang dibukakan bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam sehingga stok masih ada.

ARTIKEL YANG SAMA