Hidangan eksklusif Masterchef Asia

Hidangan eksklusif Masterchef Asia

SEPANG, 20 Nov 2015 (Agensi) – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tujuh tahun berturut-turut, memperkenalkan hidangan eksklusif, Paratha Berinti dengan Dhal dan Cutni Tomato. Hidangan ini adalah resipi pemenang peserta MasterChef Asia dari India, Priya Barve (kiri) bagi cabaran khas AirAsia di mana peserta diminta untuk menyediakan hidangan kegemaran mereka semasa penerbangan.

Dihidang segar dan panas, resipi ini penuh dengan rasa yang amat menyelerakan dan pasti membuka selera para tetamu AirAsia.

pg19_151121_b

Hidangan Paratha Berinti dengan Dhal dan CutniTomato ini boleh didapati didalam penerbangan terpilih AirAsia(AK), AirAsia X(D7), Thai AirAsia(FD), Indonesia AirAsia(QZ), Filipina AirAsia(PQ), danAirAsia India(I5) mulai sekarang dengan hanya RM15.

Ketua Pendapatan Sampingan dalam Penerbangan Kumpulan AirAsia, Cik Ramani Balan berkata, “Kami amat teruja menawarkan resipi pemenang dari segmen cabaran AirAsia di MasterChef Asia – The TV series sebagai salah satu pilihan makanan panas dalam penerbangan kami.

Hidangan Paratha Berinti dengan Dhal dan Cutni Tomato yang diinspirasikan oleh rancangan tv MasterChef Asia, merupakan bukti kepada komitmen tersebut”.

ARTIKEL YANG SAMA