Hidangan istimewa sempena TBC

Hidangan istimewa sempena TBC

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Restoran Dynasty di Gadong kini menampilkan promosi terbaru mereka sempena Tahun Baru Cina (TBC), bermula 5 hingga 22 Februari ini.

Promosi ini menampilkan enam jenis hidangan Yee Sang seperti abalone, udang, kerang Pasifik, itik panggang dicincang, obor-obor, ikan salmon dan vegetarian yang boleh didapati dalam bentuk saiz sederhana atau besar.

Di samping itu, para pelanggan boleh juga memilih set menu Cina yang menampilkan bermacam-macam hidangan seperti ‘Braised Layer Seafood’, ‘Braised Whole Abalone’, ‘Superior Dried Seafood Claypot’ dan banyak lagi.

Bagi pelanggan yang meminati hidangan dim sum pula bolehlah mencuba menu ‘Fat Choy Siew Mai’, ‘Seafood Dumpling’, ‘Steam Dried Oyster Chicken’ dan ‘Golden Little Pumpkin Dumpling’.

Braised Whole Abalone yang ditawarkan di Restoran Dynasty.
Braised Whole Abalone yang ditawarkan di Restoran Dynasty.
Superior Dried Seafood Claypot.
Superior Dried Seafood Claypot.

Mana-mana pelanggan yang berbelanja $250 dalam satu resit juga akan diberikan baucar diskaun 20 peratus untuk Restoran Anjung Saujana dan Restoran Seasons.

ARTIKEL YANG SAMA