Hidangan Keluarga Ramadan di BK Brunei

Hidangan Keluarga Ramadan di BK Brunei

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Burger King (BK) Brunei turut tidak ketinggalan dalam menawarkan promosi istimewa untuk berbuka puasa bersama keluarga dalam bulan Ramadan ini dengan Ramadan Family Meal.

Terdapat empat jenis set dalam promosi ini iaitu Crispy & Tender Set, Flame Grilled Set, Mixed Set dan Whopper Set.

Crispy & Tender Set yang boleh dinikmati oleh tiga orang mengandungi dua BK Chicken Royal, BK Chick’ N Grill, lapan ketul nuget Tempura, tiga pek kentang goreng saiz biasa dan tiga minuman teh lemon ais berukuran besar.

Flame Grill Set yang juga boleh dinikmati oleh tiga orang, termasuk dua BK Junior Whopper, satu Single Texas Beef, lapan potong nuget Tempura, tiga pek kentang goreng dan tiga minuman teh lemon ais berukuran besar.

Promosi Ramadan menawarkan hidangan sekeluarga dengan empat jenis set kombo.
Promosi Ramadan menawarkan hidangan sekeluarga dengan empat jenis set kombo.

Sementara itu, Mixed Set (untuk empat orang) mengandungi dua BK Double Mushroom Swiss, dua BK Chicken Tender-grills, empat pek kentang goreng dan empat minuman teh lemon ais.

Whopper Set untuk sajian empat orang termasuk dua BK Whopper, dua BK Western Whopper Junior, empat pek kentang goreng dan empat minuman teh lemon ais.

Tambahan lagi, pelanggan juga boleh membeli Taro Turnover pada harga $1 sahaja, dan isian semula minuman dengan tambahan $1.50 sahaja.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram @burgerkingbrunei dan Facebook www.facebook.com/bkbrunei.