Hidangan menarik Anjung Saujana

Hidangan menarik Anjung Saujana

Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Restoran Anjung Saujana akan menawarkan Bufet Minum Petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada setiap Ahad bermula 3 hingga 24 April.

Dalam bufet berkenaan, pelanggan boleh menikmati hidangan masakan Melayu seperti nasi goreng belutak, roti jala, sate daging goreng, mi kari dan banyak lain.

Di samping itu, bufet turut menghidangkan sudut sandwic, sudut ais kacang dan sudut salad.

Para pelanggan boleh juga menikmati bermacam-macam kuih tradisional seperti penyaram, ardam, wajid serta pelbagai jenis cucur seperti cucur udang dan cucur pisang.

Pemegang kad istimewa RBC akan mendapat diskaun 10% bagi bufet ini.

Antara hidangan makanan yang boleh ditawarkan dalam promosi Bufet Minum Petang.
Antara hidangan makanan yang boleh ditawarkan dalam promosi Bufet Minum Petang.

ARTIKEL YANG SAMA