Hidangan Omelette menyelerakan

Hidangan Omelette menyelerakan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Restoran Pancake International House – Brunei kini menampilkan tiga hidangan menu telur dadar (Omelette) yang sesuai untuk dijamu bila-bila masa.

Para pelanggan yang berminat bolehlah mencuba hidangan Omelet Ayam dan Keju, Omelette Mushroom dan Omelette Spanish yang disediakan dengan roti bakar dan salad.

Menu Omelette ini boleh didapati bermula pada 23 Oktober ini dan bagi mana-mana pelanggan yang ingin mencuba menu ini pada 23 sehingga 30 Oktober akan mendapat hidangan minuman kopi secara percuma bersama Omelette pilihan mereka.

Orang ramai yang berminat untuk menikmati hidangan ini bolehlah mengunjungi restoran tersebut di Bangunan Tian dan Chuan, Kiulap semasa waktu beroperasi.

Antara hidangan omelette yang boleh didapatkan di Restoran Pancake International House – Brunei.
Antara hidangan omelette yang boleh didapatkan di Restoran Pancake International House – Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA