Hidangan seisi keluarga

Hidangan seisi keluarga

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd selaku francais McDonald’s di Brunei, hari ini, memperkenalkan hidangan terbaru iaitu ‘Bubur Ayam McD – Family Size’ yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.

Hidangan ini boleh dinikmati oleh tiga hingga empat orang dan boleh didapati mulai hari ini selagi stok masih ada.

Selain itu, atas permintaan orang ramai, Twister Fries kini kembali dan boleh didapati sebagai hidangan ala carte atau ditukar daripada kentang goreng biasa dengan penambahan harga.

‘Bubur Ayam McD – Family Size’ yang kini boleh didapati di pasaran.
‘Bubur Ayam McD – Family Size’ yang kini boleh didapati di pasaran.

Sementara itu, hidangan minuman Green Tea Latte dan Green Tea Frappe kini diperkenalkan dengan harga baru.

Bagi pelanggan yang ingin mencuba mana-mana hidangan ini bolehlah berkunjung ke cawangan-cawangan McDonald’s Brunei yang terletak di Jerudong Park dan Gadong semasa waktu beroperasi.

ARTIKEL YANG SAMA