Hidangan Stu Ekor Lembu

Hidangan Stu Ekor Lembu

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Berikutan dengan promosi Laksa Sarawak bulan lalu, Cef Sam Sak dari Restoran Choices, The Brunei Hotel kini membawakan hidangan Barat dengan mempamerkan kreativiti Stu Ekor Lembu bagi promosi bulan ini di restoran berkenaan, bermula hari ini.

Penolong Pengurus F&B, Jualan dan Katering, Allan Diaz menyatakan, ekor lembu mereka adalah daripada ekor lembu kasi, otot yang cukup senaman, padat dengan lemak dan segmen berkenaan merupakan vertebra jadi ia mempunyai banyak sumsum yang kaya dengan zat besi.

Di sesetengah negara, katanya, orang fikir stu ekor lembu adalah makanan untuk orang-orang miskin, kerana ia agak murah tetapi kini, ia sukar didapati dan tidak lagi berkos rendah.

Sebagai persediaan bagi stu berkenaan, Cef Sam memasaknya sehari lebih awal kerana kebanyakan dagingnya liat, ekor lembu bagus dimasak perlahan selama beberapa jam dan ia biasanya berlemak, jadi ia akan dibiarkan sejuk semalaman dan lemaknya akan dikikis pada keesokan harinya.

Allan Diaz dan Cef Sam Sak ketika mempamerkan promosi Stu Ekor Lembu yang terdapat di Restoran Choices, The Brunei Hotel.
Allan Diaz dan Cef Sam Sak ketika mempamerkan promosi Stu Ekor Lembu yang terdapat di Restoran Choices, The Brunei Hotel.

ARTIKEL YANG SAMA