Hidangan Yuzu Lime Rice Wrap di KFC

Hidangan Yuzu Lime Rice Wrap di KFC

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – KFC Brunei Darussalam, hari ini, memperkenalkan hidangan terbarunya iaitu Yuzu Lime Rice Wrap, yang kini boleh didapati di kesemua cawangan KFC di seluruh negara sehingga stok masih ada.

Hidangan terbaru ini menampilkan Zinger Strips KFC yang dibalut bersama nasi kolonel, potongan tomato, bawang dan timun yang diperap dengan sos mayonis Yuzu Lime.

Selain ditawarkan secara ala carte, ia juga dijual dalam hidangan kombo bersama kentang goreng dan minuman ringan.

Menurut Pegawai Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau, hidangan yang lazat dan mudah ini sangat sesuai untuk dinikmati semua peringkat umur di mana sahaja mereka berada.

Yuzu Lime Rice Wrap yang kini diperkenalkan di KFC.
Yuzu Lime Rice Wrap yang kini diperkenalkan di KFC.

ARTIKEL YANG SAMA