Hiddink beralih arah

Hiddink beralih arah

LONDON, 7 Feb (AFP) – Pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink, mendedahkan dia sudah dipikat untuk mengurus kelab dalam saingan Liga Super China.

Hiddink kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua sebagai pengurus sementara kelab itu pada Disember lalu selepas pemecatan Jose Mourinho.

Pengurus veteran Belanda itu berkata, beliau ditawarkan tugas mengendalikan kelab kaya raya di China.

“Ada beberapa kemungkinan untuk saya pergi ke sana,” kata Hiddink tanpa mahu memberi penjelasan lanjut.

Bekas pemain Chelsea, Dan Petrescu ketika ini sedang mengendalikan kelab China, Jiangsu Suning, dengan beberapa nama besar seperti Sven Goran Eriksson dan Luis Felipe Scolari juga mengendalikan kelab dari negara itu.

Guus Hiddink ketika menghadiri sidang media. Hiddink, mendedahkan dia sudah dipikat untuk mengurus kelab dalam saingan Liga Super China. – AFP
Guus Hiddink ketika menghadiri sidang media. Hiddink, mendedahkan dia sudah dipikat untuk mengurus kelab dalam saingan Liga Super China. – AFP

Bekas pemain tengah The Blues, Ramires, dijual kepada Jiangsu Suning bulan lalu.

Pemain tengah Brazil, Alex Teixeira juga berhijrah ke kelab sama dengan nilai perpindahan lumayan berjumlah 50 juta euro.

Jumlah besar yang dikeluarkan Jiangsu Suning menjadikan perpindahan itu satu rekod baharu di China.

Kelab China ketika ini sedang berbelanja untuk membawa masuk pemain dengan sesi perpindahan akan ditutup pada 26 Februari ini.

Sehingga kini, sudah 258.9 juta euro (RM12.02 bilion) dibelanjakan dan Hiddink sedar perkara itu akan menjadi tarikan besar buat ramai pemain.

ARTIKEL YANG SAMA