Hiddink gembira bekerja dengan Costa

Hiddink gembira bekerja dengan Costa

LONDON, 14 Jan (AFP) – Guus Hiddink menegaskan dia lebih suka untuk memiliki pemain yang memiliki personaliti seperti Diego Costa berbanding bertugas bersama skuad yang memerlukan bantuan semangat.

Costa terlibat dalam beberapa perbalahan ketika keputusan seri Chelsea 2-2 bersama West Bromwich Albion semalam, dengan penyerang itu berang selepas wisel penamat di Stamford Bridge apabila dia berbalah bersama penjaga gol Albion, Boaz Myhill.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu, minggu lalu terlibat dalam perbalahan di padang latihan bersama rakan sepasukan Chelsea, Oscar, yang jelas kecewa ketika meninggalkan padang dan boleh didengar memukul terowong ketika kembali ke bilik persalinan.

Tetapi pengurus sementara Chelsea, Hiddink berpuas hati pemainnya tidak keterlaluan ketika perlawanan tersebut biarpun dilayangkan kad kuning kerana cabaran kasar ke atas Craig Gardner awal separuh masa kedua.

Dan pengurus dari Belanda itu percaya pendekatan pemain penyerang itu membantunya menjadi pemain yang lebih berbahaya.

Costa berjabat tangan dengan Hiddink selepas digantikan semasa Chelsea menentang Scunthorpe United dalam aksi Piala FA di Stamford Bridge, 10 Januari lalu. – Reuters
Costa berjabat tangan dengan Hiddink selepas digantikan semasa Chelsea menentang Scunthorpe United dalam aksi Piala FA di Stamford Bridge, 10 Januari lalu. – Reuters

“Adakah dia keterlaluan? Saya rasa ada ruang untuk memperbaiki,” kata Hiddink. “Diego dan pemain pertahanan itu cabar mencabar sesama sendiri. Jika anda melihat mereka melakukan perbalahan terhadap sesama sendiri dan perbalahan itu adalah normal.

“Saya tidak melihat sesuatu yang teruk. Ia adalah cabaran tinggi peringkat lelaki. Kami selalu memperbaiki terowong! Dia seorang lelaki yang emosi dan saya menyukainya.

“Jika anda menekan pemain, sukar untuk terus berkembang dalam Liga Perdana. Tetapi dari masa sekarang dan seterusnya jika anda perlu mengawal mereka adalah yang terbaik. “Dia selalu berbahaya dalam perlawanan. Dia begitu lurus dalam tindakannya dan bagus.”

Chelsea mendahului dua kali, pertama menerusi Cesar Azpilicueta dan kemudian menerusi jaringan sendiri Gareth McAuley dengan Craig Gardner dan James McClean menyamakan kedudukan bagi Albion.

ARTIKEL YANG SAMA