Hiddink harap Drogba sertai kejurulatihan Chelsea

Hiddink harap Drogba sertai kejurulatihan Chelsea

LONDON, 22 Dis (Agensi) – Pengurus Chelsea, Guus Hiddink berkata dia berhasrat untuk menyerapkan Didier Drogba ke dalam staf kejurulatihan kelab itu.

Drogba berada di Stamford Bridge dan duduk di samping Hiddink Sabtu lalu ketika Chelsea kembali meraih kemenangan mengatasi Sunderland 3-1.

Spekulasi memuncak bekas pemain Ivory Coast itu mungkin menyertai staf kejurulatihan di bawah kendalian Hiddink, berikutan dua tempoh menakjubkan sebagai pemain Blues.

Namun, dengan berbaki satu musim beraksi dengan Montreal Impact dalam MLS, lembaga pengarah Stamford Bridge berasakan senario itu mungkin tidak berlaku.

Kelihatan Guus Hiddink, Didier Drogba dan pemilik Chelsea Roman Abramovich selepas perlawanan Chelsea menentang Sunderland baru-baru ini. - Reuters
Kelihatan Guus Hiddink, Didier Drogba dan pemilik Chelsea Roman Abramovich selepas perlawanan Chelsea menentang Sunderland baru-baru ini. – Reuters

Hiddink, yang dilantik kali kedua sebagai pengurus sementara sebelum sepak mula Sabtu lalu, percaya kelab itu memerlukan lebih banyak kakitangan yang boleh memberi “sepenuh jiwa” ketika mereka membentuk semula pasukan berikutan permulaan buruk musim dan pemecatan Jose Mourinho.

“Kami mahu dia terbabit,” jelas Hiddink.

“Tapi dia masih ada kontrak bersama Montreal dalam MLS, sekalipun ia cuti rehat hujung musim buat mereka. Kami mahu pemain penting terbabit dengan kelab yang mereka sayangi. Hati Drogba bersama Chelsea.”

Drogba menang empat gelaran Liga Perdana, empat Piala FA, tiga Piala Liga dan menjaringkan sepakan penalti penentuan pada final Liga Juara-Juara 2012 dalam dua tempoh bermain di kelab barat London itu.

ARTIKEL YANG SAMA