Hiddink kecewa nasib Terry

Hiddink kecewa nasib Terry

SUNDERLAND, United Kingdom, 8 Mei (AFP) – Guus Hiddink menyuarakan kekecewaannya bahawa John Terry akan dinafikan dan menghadapi penyingkiran Chelsea selepas kad merah di Sunderland.

Bekas pemain pertahanan England, yang dilihat akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas, akan melalui dua penggantungan selepas mengutip dua kad kuning dalam kekalahan dramatik Liga Perdana 3-2 di Stadium of Light semalam.

Ia bermakna pemain Chelsea yang berusia 35 tahun itu tidak akan berkunjung ke Liverpool, dan persaingan akhir Liga Perdana menentang juara, Leicester City, yang sudah pasti menamatkan kerjaya hampir dua dekad di kelab London yang menyaksikannya membuat lebih dari 700 kemunculan sejak kemunculannya pada 1998.

Dengan kontraknya tidak akan diperbaharui apabila ia mansuh selepas musim ini, Terry dilihat beraksi dalam perlawanan ke-489 dan perlawanan liga terakhir bagi Chelsea, satu–satunya kelab yang diwakilinya sebagai pemain profesional, sebelum mendapatkan cabaran baru ketika dia mempertimbangkan tawaran menguntungkan beraksi di China dan Amerika Utara.

Terry akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas dan akan melalui dua penggantungan selepas mengutip dua kad kuning dalam kekalahan dramatik Liga Perdana 3-2 di Stadium of Light semalam. - AFP
Terry akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas dan akan melalui dua penggantungan selepas mengutip dua kad kuning dalam kekalahan dramatik Liga Perdana 3-2 di Stadium of Light semalam. – AFP

Terry telah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa, empat gelaran Liga Perdana termasuk kejuaraan musim lalu dan lima Piala FA ketika kerjaya di Stamford Bridge yang menyaksikannya memperoleh cap 78 kali bersama England.

Keputusan pengadilan Mike Jones yang dikritik kerana memberikan Terry kad kuning kedua ketika faul masa kecederaan ke atas penjaga gol Sunderland, Wahbi Khazri, pengurus sementara Chelsea Hiddink berkata: “Jika dia tidak beraksi bagi Chelsea lagi, ia menyedihkan.

“Sudah tentu, kami tidak tahu apakah masa depannya, tetapi bagi musim ini, ia menyedihkan.

“Ia adalah menarik untuk beraksi dalam perlawanan terakhir di laman sendiri menentang juara, untuk mempunyai ‘parti perlawanan’ menarik, jadi ia menyedihkan tidak menyertainya. Saya tidak berpeluang untuk bercakap kepadanya, semua orang hanya duduk dan berpandangan dalam bilik persalinan selepas itu.”

Enggan untuk mengesahkan jika pemain pertahanan, yang bersedia menyertai Chelsea menerusi peminat–peminat mereka selepas perlawnan Leicester, beraksi dalam perlawanannya bagi kelab itu, Hiddink berkata: “Pengadil terlalu hampir kepada insiden itu dan bagi saya ia adalah reaksi yang impulsive kerana melayangkan kad kuning.

ARTIKEL YANG SAMA