Hiddink mungkin terajui Leicester City

Hiddink mungkin terajui Leicester City

LONDON, 3 Julai (Agensi) – Bekas pengurus Belanda, Guus Hiddink kini disebut-sebut sebagai calon untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di kelab Leicester City.

Bekas pengendali Chelsea ini meletak jawatan dari mengurus pasukan kebangsaan Belanda pada Isnin lalu.

Jawatan pembimbing Leicester kosong selepas penyandangnya, Nigel Pearson dipecat, beberapa hari lalu.

Pemilik Leicester dari Thailand ketika ini berazam untuk menjulang kelab itu di tanah kelahirannya.

Hiddink dikatakan mungkin bakal menerajui kelab Leicester City. – AFP
Hiddink dikatakan mungkin bakal menerajui kelab Leicester City. – AFP

Pengarah Bola Sepak Leicester, Jon Rudkin yang bekerja rapat dengan keluarga Srivaddhanaprabha selaku pemilik kelab itu, sedang memulakan usaha untuk memikat Hiddink.

Hiddink, 68, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada masih berminat mengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) atau sebaliknya.